Surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung untuk puan puan dan pengunjung page ummi:
•Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
•Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
•Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
•Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan
keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu
bersyukur.
•Surah al-Fatihah
•Surah Yaasin
•Surah Kursi
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat
memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha
Besar (kekuasaanNya)
•Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya:
Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang
satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami
isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang
lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan
kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu
waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah
suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya
jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik,
tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
•Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya
Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan
menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari
(hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak
memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa
kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari
sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan”.
•Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.
•Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam
(yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami:
umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami
syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami;
sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
•Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan
padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi)
amatlah sedikit kamu bersyukur.
•Surah Al-Furqan ayat 74: Doa
agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa
untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang)
yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, InsyaAllah...
Jumaat, 15 Februari 2013
Surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung
Dicatat oleh cikgu eeni di 7:27 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan