BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 15 Februari 2013

Surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung

Surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung untuk puan puan dan pengunjung page ummi:

•Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.

•Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.

•Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.

•Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

•Surah al-Fatihah

•Surah Yaasin

•Surah Kursi
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

•Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

•Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

•Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

•Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

•Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

•Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

Semoga bermanfaat, InsyaAllah...

WAJARKAH SI SUAMI TEMANI ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)

#sharing - Bercinta Selepas Nikah dan www.harianislam.com

CAHAYA MATI HATI UMMI DAN AYAH YANG KE DUA...HANIFF ZILL QAYYIM


6 September 2012...hari yg bersejarah bagi ummi dan ayah. kami menerima kehadiran cahaya mata yang ke dua.Syukur Alhamdulillah... Qayyim deliver lewat 6 ari dr due date...sepatotnye lahir pd 31ogos...namun qayyim xmo jadi anak merdeka. jenuh ummi menghitung ari bile la qayyim ni nak kuar...dah la jantina nya samar2 mase scan. suspen btoi bdak brtuah ni...hehe... Alhamdulillah qayyim lahir sewaktu azan maghrib sedang brkumandang...kebetulan nurse kat ctu pasang radio so bile dengar azan tu rase tenang dan damai...ayah setia menemani ummi,thanks so much ayah....qayyim lahir dengan berat 2.8kg n panjang 53cm...so di sini ummi share wajah hero ummi ni...hehe..






Selasa, 22 November 2011

Penyakit Kaki Tangan dan Mulut

12 November 2011...ain di sahkan doktor sakit kaki tangan dan mulut. dalam mulut baik ulser dan di kaki ada bintik2 merah. mulanya ummi sedih bila mendengar dari mulut doktor,ummi selalu dengar penyakit ni merbahaya. ummi tanya perbagai soalan pada doktor,ummi risau. tak berpuas hati dengan penerangan doktor,balik rumah ummi search intenet cari maklumat tentang penyakit ni. barulah ummi rasa lega dan berpuas hati,sekarang ummi ada pengetahuan yang mendalam tentang penyakit ini. selepas 5 hari ain sihat seperti biasa,pengalaman ini mematangkan ummi untuk jadi seorang ummi yang lebih tabah.
berikut ialah info yang ummi dapat dari internet tentang penyakit ini :-
(terima kasih pada info sihat ini.....http://www.infosihat.gov.my)

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian ?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Isnin, 15 Ogos 2011

My Honey BesdaY































22 June 2011...setahun sudah Ain ku cayunk. Emmm...makin besar makin banyak ragamnye,dah nampak ciri-ciri mcm sikap ayahnye...kecil-kecil cili api. Walaupun kecil tapi garang orangnye, sabo je lah ummi nye melayan karenah anak dara yang sorang ni.











Setahun berlalu banyak segala pahit dan manis Ummi dan Ayah tempuhi dalam menjaga Ain,supaya Ain sihat selalu di bawan lindungan Allah swt. My honey ni mudah demam,tiap bulan ade je,samada demam,selesema atau batuk. Ummi sedar semua itu dugaan dari Allah dalam mematangkan Ummi menjadi seorang Ummi yang sabar.











So, sempena harijadi anak Ummi ni...Ummi arange kan satu majlis yang ringkas janji semua seronok. Dengan bantuan ayah, nenek n mak2 sedara ain....Alhamdulilah majlis ini berjalan dengan lancar. Cukuplah menjadi satu kenangan untuk Ain kelak bila dewasa nnt bole tgk blik gmbar tomei2 ain mase besday satu tahun.....

First raya as a wife N ummi...













Syawal 2010....tahun pertama ummi beraya sebagai seorang isteri dan ummi...lengkap sudah hidup sebagai seorang wanita bila memiliki seorang suami dan anak. semoga kelak ummi kan menjadi seorang isteri yang solehah jua ummi yang penyayang....amin... terasa bahagia bila di pagi syawal dapat mencium tangan seorang lelaki yang bergelar suami. semoga keluarga ini kan terus berkembang dan bahagia dunia akhirat.

Ummi berharap anak ummi ni akan menjadi seorang anak yang solehah,segala yang terbaik akan ummi laksanakan untuk anak ummi. Ummi sanggup berkorban apa saja untuk Ain....asalkan Ain mendapat sebuah kehidupan yang selesa.















Saat Kelahiran







22 June 2010 2.30 pagi ummi terjaga,rase perut ini memulas2 la plak. Mungkin tersilap makan agaknya,ummi bangun ke toilet. Takmau plak buang air besar,jenuh teran. Tak pela,sambung tido blik. Setengah jam sekali ummi bangun...namun masih juga xmampu buang air besar...nape ni. aduh....xbole tido mlam ni. 5.30 pagi ummi bangun,ayah masih tido lena di sebelah. ummi bangun dan mandi,ambil wuduk lalu mengaji surah maryam di ruang tamu rumah. Sakit rase nak buang air besar kejap2 datang....ummi teruskan mengaji. Selepas selesai solat subuh ummi minum susu dan makan roti,lapar plak rasenye. Usai ayah solat subuh,ummi mengadu pada ayah sakit perut memulas2. Ayah ajak ke hospital. nmpaknya pagi ni lambat cket la pi mengajar. Smpai di hospital doktor chek n bagi air garam untuk hilangkan sakit perut. ok.....so balik umah,ummi cuti hari ni,mc. ayah trus ke skolah.





Yehhh...ummi cuti ari ni,so nak tido la,smlam xdapat tido. ummi minum air garam dan nak tito...yehhhh... aduh sakit datang lagi, makin lama makin kerap, xdapat dibendung lagi sakitnye. handphone ummi berbunyi,owhh...ma (ibuku) telefon. ummi mengadu yang sakit blum hilang lagi.lalu ma dengan tergesa2 suruh kol ayah yang sedang mengajar di sekolah blik segera,katanya itu bukan sakit cirit birit tapi sakit nak bersalin. terus ummi rase berdebar-debar...dalam menahan kesakitan,ummi menelefon ayah menahan suara yang sebak.

20min kemudian ayah sampai. kami terus ke hospital,jam menunjukkan 10.30 pagi. Rupenya dah buke 3 cm....ummi bakal bersalin. Ummi di tahan di wad,pelbagai prosedur di lakukan oleh jururawat. Sedang denyutan jantung baby di cek oleh jururawat ummi meninta untuk bertemu dengan ayah,ummi berpesan pada ayah supaya balik dan ambil segala barang keperluan untuk bersalin. dalam keadaan yang sedang menahan kesakitan,ummi mencium tangan ayah dan dahi ummi dikucup. Ummi memohon keampuan seandai ummi tidak panjang lagi. Sebentar lagi ummi bakal bertarung nyawa. Jam 12.30 tghari jururawat menyuruh ummi makan tengahari di katil hospital...ayah ada menemani ummi mkan. kejap2 ummi menahan kesakitan terpaksa berhenti mkan. pukul 2.00ptng ummi ditolak masuk ke dewan bersalin. Ayah tetap ada menemani ummi,mengemgam kuat tangan ummi. ummi terus berzikir dan berdoa. Alhamdulilah,dengan dua kali teran HANI ZUNNURAIN BT MOHAMAD HAFIZ selamat dilahirkan.......syukur pada tuhan. maka bermula episod hidup ummi dan ayah sebagai insan yang bergelar UMMI dan AYAH....